Anda Dan Rasuah

3:37 AM iSyazz 0 Comments



          Muasir ini sering terpampang di media massa kes-kes salah laku terjadi sama ada disektor awam mahupun disektor swasta. Media massa mengiarkan mengenai seorang pengarah daripada syarikat gergasi yang telah menerima rasuah sehingga menyebabkan syarikat bankrap. Fenomena begini seolah-olah menjadi keghaliban yang diselubungi akan meruntuhkan pertumbuhan ekonomi negara kita. Sikap rakus manusia sebegini bukan sahaja memudaratkan perkembangan ekonomi negara, malah mengaibkan keluarga disamping menggelapkan masa depan sendiri. Sikap lempar batu sembunyi tangan tidak wajar sama sekali diamalkan oleh umat manusia di mayapada ini. Socrates mengatakan negara yang bertamadun semestilah mempunyai budi bahasa yang tinggi dan pembangunan lahiriah yang maju. Walakin sikap manusia yang mudah alpa menyebabkan gejala rasuah terus berlaku.



          Punca pertama berlaku rasuah adalah disebabkan sikap manusia yang terlalu mementingkan kemewahan. Hal ini demikian kerana desakan hidup yang memaksa masyarakat untuk bersaing mendapatkan sumber tambahan pendapatan. Pumpunan masyarakat yang bersikap kibriah juga menyebabkan berlakunya gejala rasuah. Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Bin Dato` Hassan menyatakan nafsu yang besar dan kehendak yang tinggi menyebabkan manusia lupa diri. Sebagai tamsilan, terdapat segelintir anggota keselamatan yang menerima rasuah daripada yang bersalah agar mereka terlepas daripada undang-undang. Tambahan pula, mereka selalunya menerima suapan pada hujung bulan ketika wang saku mereka sudah kekeringan. Berkemungkinan juga sebahagian mereka mengambil suapan kerana mempunyai keinginan yang besar. Kebanyakan mereka yang makan suap ini tinggal dirumah mewah yang bernilai ratusan ribu ringgit sedangkan gaji bulanan yang diterima hanyalah sekitar RM2000.00 sahaja. Izharlah, kemewahan duniawi angsal mengaburi mata sesiapapun.
 


          Pelaku rasuah terdiri daripada mereka yang kurang mendapat pendidikan agama. Faktor sekunder ini berlaku kerana kebanyakannya tidak mengambil peduli akan hal ehwal agama dan hanya mementingkan hal duniawi semata-mata. Hal ini disebabkan pumpunan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan peribadi masing-masing sehingga mengabaikan kehidupan anak-anak yang menyebabkan mereka terus dibelenggu kejahilan. Tamsilannya anak-anak yang berasal daripada keluarga berada sering terdedah dengan pengaruh negative kerana kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Pumpunan ibu bapa sebegini telah gagal menjadi uswatun hasanah kerana tidak mengendahkan aspek pendidikan agama yang seharusnya diberikan kepada anak-anak. Kekhilafan yang dilakukan oleh ibu bapa telah melahirkan generasi yang tidak dapat membezakan antara perbuatan halal dan perbuatan haram. Intihanya pendidikan agama amat vital dalam kehidupan setiap individu agar angsal membentuk anggota masyarakat yang bersahsiah supaya mereka terhindar daripada melakukan gejala rasuah .




P/s : It was supposed to be my holiday homework for BM class but I couldn't finish it at home . I had to continued this essay at hostel with a little help from my friends . Enjoy it (: hahha                                                                     

You Might Also Like

0 comments: