December.

Assalamualaikum wbt sahabat-2 sekalian.

December! Yup, favourite month of the year. Why oh why? Heh heh. Dah nak habis dah tahun 2015. So, apa yang kita boleh sum up kan pasal tahun ni? Sedih? Gembira? A bit of both? Perhaps. Kalau bulan Jan haritu rasanya macam tengah terkapai-2 masuk sem 6 untuk Diploma. Tapi kalau sekarang ni dah bulan Dec, terkapai-kapai pulak untuk sem 2 Degree. Gladly, direct entry. So terus masuk ke Tahun Kedua lah. Selamat~ hiks. Well, itu untuk awal tahun & akhir tahun. Pertengahan tahun buat apa? KERJA. Sadly, tak kerja dalam bidang pun. Lari sikit. Kerja dalam bidang Property.

Property. Percaya atau tak, bidang ni sebenarnya banyak bukak minda aku. Especially on economics & the harta thingy. Aku dah lah memang tak minat benda-2 ekonomi ni but takboleh jugak kalau nak buat tak endah sebabnya banyak berkait lah ekonomi dengan faktor sekeliling. Before this, ada je aku pikir pasal rumah (hartanah) & benda-2 tu lah, cumanya got no direction lah. Takde orang nak guide pasal benda-2 ni. Alhamdulillah masuk pulak company yang tak lokek nak mengajar & bagi guidance en. So, dah nampak sikit lah masa depan macam mana en. Time degree ni, bukan takat nak dapatkan segulung ijazah tapi dah kena dah pikir masa depan. Nak balas balik jasa parents & in shaa Allah jadi orang dan bukannya orang-2. Hehe

Lol, kalau nak cite pasal property tu aku rasa memang kena post satu entry pasal tu je. Dok pulak department auction. Haa memang banyak benda nak kongsi. Pssst, if nak teringin beli rumah lelong (tp kena pergi auction lah) untuk tujuan buat rumah sendiri or nak sewakan boleh email kayy. LOL.

Kalau nak cite yang pasal awal tahun tu macam takpayah kot, bolehlah baca balik kat entry aku yang lepas-2 tu. Sedih nak cite. HAHHA. I don't want to let bygone be bygone because that sem was like the best sem I ever had. Got plenty ups & downs going thru that sem which I'll never forget about it. Man, I miss my old classmates like hell. Rindu lah, kalau dengan bebudak ni memang tak kering gusi kot. Kelakar nya satu, ngeng ngeng nyaa pulak & tazkirahnya pun yaaa. Hahha apalah aku merepek ni but siapa yang kenal aku. They get what I'm trying to say. Yes peeps, I'm making those faces lol.

Sekarang ni pun dah nak dekat hujung tahun. Dah nak masuk 3 bulan degree ni, guys oh guys trust me struggle teruk kayy deg ni. Hahha nothing like dip, the pressure quite though tho. Like I said before on my previous entry, pressure dia kadang bukan sebab study (mostly pasal study), kadang boleh jadi pasal benda lain, pasal kewangan mungkin, pasal taktahu mana nak refer pun iya, ugh pasal fakulti pun iya jugak. Hahha yang ni kelakar sikit. Sebabnya nak transfer kredit je pun tapi dia punya nak proses, ya rabb amik masa almost a month. Busy betul deme ni. Tapi, apa yang pasti aku memang gini lah. Selagi tak rapat dengan orang tu, man I'll shut my mouth macam ada diamond or gold kat dalam mulut ni. Yelah sebab kita pun taktahu orang tu macam mana plus if cakap banyak pun kenot jugak, so better diam right. Apapun, mostly classmates skrg ni best lah. Kelakar, banyak merepek macam bebudak tuu & yup boleh diharap. Alaa, banyak masa lagi lah nak spend time sesama in shaa Allah dengan izinNya.

P/s: Dah nak habis tahun 2015 tak bermakna habis sem. Now rooting for Final Exam! *cuak!

Xoxo,
 iSyazz

Heyy Sari Cempaka 5, I miss you!

Assalamualaikum ❤

"Sahabat itu seperti bintang, dia memang tidak selalu terlihat. Tapi dia selalu ada untukmu."-Unknown.

Missing Azlia. Meet the Crazies!


Seringkali aku terjatuh. Tanpa disedari, aku alpa. Aku lupa, aku laghaaa dengan duniawi. Pernah sekali aku rasa bosan, kosong dan malas untuk buat semua benda. Kenapa entah? Okay, tbh ever since aku sambung study, I kinda felt lost. Empty. I used to think yang tak apa, kat mana pun kita sambung belajar kita akan 'make friends'. Maybe, sebab before this aku dah terbiasa pindah sekolah membuatkan aku dah terbiasa make a new friend.

Kata orang bila hati rasa kosong, jangan berharap pada manusia. Tapi sujudlah. Mungkin Allah rindu dengar tangisan kita. Betul tu.

Cumanya.. ever since diploma. Walaupun 3 tahun aku kenal bebudak tu, the memories.. Memang terpahat dalam hati weh. Kalau kat sini, yes aku happy je dengan dorang. Masing-2 ada perangai sendiri, that's people. We gotta respect them. Mungkin sebab kalau dulu tu, pagi petang siang malam dok hadap muka dorang. Mana taknyaaa, serumah. Sebilik kot. Share satu peti ais *faham-2 jelah*. Sejujurnya, rindu weh.

Seronok sangat time belajar dulu sebab masing-2 kalau time study week jangan cerita lah. Pagi-2 dah bangun, p pasar kat belakang dok cari Nasi Lemak or Roti Canai oh oh plus kuih muih sikek. Pepagi dah bukak TV3 sambil breakfast, dok tengoklah MHI tu haaa. Tapi general knowledge time tu jangan cakap lah, cenggini hahha. But aku tak caya sangat TV ni, suka auta. So, lepas breakfast buat apa? Get ready nak study. Kat mana? Lol, takdanya istilah study kat bilik kalau pepagi tu. Masing-2 'open table' kat ruang tamu. Siapa yang duduk kat TC tu tahu lah betapa 'comelnya' ruang tamu kita kan. Tapi yang peliknya, muat je ktorang 7 org study kat situ. Kadang-2 Zai & Azlia study kat luar so memang muatlah ktorang 5 org.

Yang kelakarnya, lepas study 30min confirm Pija tanya tgh hari nak makan apa eh tak pun tanya nak beli makan kat mana eh. Kelakar kot, every time. Lol, kadang kol 11 lebih dah g cari lunch. Petang? Apa lagi, kuih muih lagi lah. Tak pun laksa. Pergh sedap kot. Selalu lepas Zohor, buku memang tutup lah. Tidur time. Kononnya nap time tapi... hahha. Every time. Selalunya Wani mesti nak g TC, beli jajan dia hahha so tukang ngekornya ktorang lah. Aku, Fana dgn Kimahh. Padahal takbeli apapun, tapi nak riadah katanya, Cuci mata. Hahha apalah. 

Selalunya time malam jarang beli makan kat luar melainkan haritu ada pasar malam. Bila pikirkan balik, tgh hari pun jarang beli makan kat luar. Kalau malas baru beli. Selalunya memang masaklah ceghitanya. Makanan orang bujang. Biasalah, faham-2 jelah. Tapi ktorang lain, semua benda nak torai. Tapi ada satu benda yang tak tercapai time dok rumah sewa tu, Laksaa Utaghaaa Azliaaa! Setiap kali Azlia balik rumah kg, confirm dia bawak balik laksa. Sedap kot. Ikan dia terasa kot. Katanya, rahsia nak masak laksa ikan kena dua jenis. Tapi dia takbagi tau ikan apa. Rahsia lettu. 

Ada banyak hikmah bila budak rumah kau dari Utaghaaa, Pantai Timur & Selatan. Aku tengah-2, don't ask. Tapi Sabah Sarawak takda lah. Kalau Azlia, bawak laksa. Kimahh... Dia punya kepok lekor lah. Tak pernah miss bawak balik. Thanks kimah, sebab kan dah makan kepok ganuu aku taklayan dah kepok-2 yang banyak tepung ni eheheh. Wani pulak, dia punya Budu. Aku boleh makan tapi kena nasi panas-2 w/ ikan panas-2. Kalau dah sejuk sikit, aku err susah sikit nak makan, Sorry ihihi. Fana oh fana, orang Selatan kan. Thanks for otak-2 & aku tak ingat apa ntah kau bawak tu tapi sedap wehh. Ye ye sebok cite pasal makanan yang dorang bawak, aku takkan kosong je kan? Ada jugak okay, tapi dorang tau aku punya jasa time masak hahhaha kbaii ❤

So, lepas Isyak buat apa? Lepak bilik Pija Fana & Wani. 'Lepak as in Musyawarah time!' This is my fav time sebab time tu memasing jadi Cikgu Tuisyen. Seronok weh time ni sebab time ni lah ktorang discuss balik apa yang ktorang study. Mostly, sorang akan explain then confirm akan ada soalan cepumas. Best lah, sebab banyak gila input time ni. Memasing pun tak lokek kot. Takda istilah lokek kat sini. Sama-2 nak berjaya kan, sama-2 usaha. Satu benda yang budak rumah aku pegang is ..

"Ilmu itu jihad. Menyampaikannya adalah suatu ibadah. Setiap kali beramal dengan ilmu, sama macam kita berzikir."

Bila fikir balik, aku beruntung dapat kenal dengan korang. Bersyukur sangat, sebab korang.. ajar aku apa itu erti persahabatan. Ya Allah, kalaulah  masa tu aku tahu manisnya seseuatu persahabatan itu sudah pasti akan aku lebih menghargainya. 


Missing Zai. Meet the Weirdos! 


Bila dah habis belajar, masing-2 pun buat haluan sendiri. Mana yang tengah bina career tu I wish the best for all of you. Mana yang sambung study, gambatte ne! Apapun aku happy sebab ada antara korang yang in shaa Allah akan bina masjid. Ya Allah, aku yang tak sabar okay. For some of you, yang tengah y'know pening-2 pasal ni.. Jangan risaulah, in shaa Allah takda apa lah. Aku pun kenal dengan ehhem kau tu. Percayalah cakap aku, dia tengah berusaha untuk menghalalkan tu. Kau pun bagi lah moral support ke apa ke. Hikss sorry lah, aku bab-2 perhubungan cintan cintun ni boo sikek. Hahhaha.

Tapi aku percaya dengan ayat ni "Sahabat itu seperti bintang, dia memang tidak selalu terlihat. Tapi dia selalu ada untukmu."-Unknown. Sebab korang takda kat depan mata aku tapi korang selalu ada bila aku perlukan korang. Thanks guys ❤


P/s: Doa aku sentiasa untuk korang. In shaa Allah. Ohh btw, dah berhabuk rupanya post ni, now aku kena tapis all my draft if not jadi macam ni lah T.T


Xoxo,
 iSyazz






Sunshine Bloom!

Assalamualaikum ❤

Morning! 

May your worries be light,
May your joy be great,
May your cup overflow!

Let's start your with coffee and a some blogging!


Too much studying can make your brain reached the limit.
You know that limit tho.. the 'tepu' ones lol
Let's do some Datsuzoku thingy!


So, let's relax our mind.Usually it's a cloudy morning here in Skudai, make you wanna hug your 'bantal busuk' and just chill on your bed. Yes, today is not the day, the day for sweater weather. It felt soooooo breezy today which I usually choose to talk a walk in the morning for this kinda weather but not today. Yup, not today. Well, I just started my day with washing my laundries. Gonna make today a productive day, err washing your laundries manually can burn some calories aite? Hmm *thinking* lol. What a better way to enjoy this clear sky with bright sun than seeing your clothes dry up! Heee 


Still got two more papers left. Most of people would feel the LPS (Last Paper Syndrome). Now, come to think about it, LPS huh? Kinda sounds like Lesen Pendudukan Sementara hahha okay baii. Lusa is LSE paper then next two days is the Map Pro. Oh well, map pro is an open book test but I must say that even if it's an open book, but if you don't read the book earlier, you might get stuck during the exam right? For LSE on the other hand, hahha I need to put a lot of efforts on it. Yes, not like most of people, they quite good with numbers but not me, I flunk that one. How most people can even look at the numbers like they reading books? I just don't get it, hahha I guess that's their advantages right?


I can't stop looking at the sky today. Sooo bright, so blueee, Not so much of clouds today, love it! 


P/s: Current obsession: Charity Vance's song.

Xoxo,
 iSyazz




2016

Assalamualaikum 

Today, 31st Dec 2016.

Bukan meraikan tahun baru pun. Cuma, teringat kembali apa yang berlaku sepanjang tahun ini.

Alhamdulillah, mana yang baik akan aku simpankan dan mana yang buruk akan aku buang jauh-2.

Let' see.. I have my ups and downs. Alot. Every year benda yang sama tapi aku percaya benda-2 tu lah yang mengajar aku apa itu erti kehidupan. Kalau kau tak pernah jatuh, macam mana kau nak bangkit? Yeddak?

Banyak benda yang berlaku tahun ni, yang kalau boleh aku nak lupakan terus. Tapi, takboleh. Jangan macam tu, sebab sejarah mungkin berulang.. kan? Masalah aku dari dulu sampai lah ni is I NEVER SAY NO. Perhaps for others, mesti korang akan fikir lemahnya kau ni Syaz. Entahlah, bagi aku, aku percaya bilamana kita tolong orang lain. In shaa Allah, Dia akan bantu kita balik. Tak semestinya dalam bentuk bantuan yang sama, tapi dari segi yang lain. Mungkin kita tak nampak benda-2 tu, walaupun ia sekecil habuk. Tapi percayalah yang mungkin pertolongan yang sekecil habuk tu sebenarnya balasan dari bantuan yang kita tolong orang lain. Plus, Ibu banyak kali ajar..

Kalau orang buat jahat dengan kita, kita balas dengan kebaikan. Biarlah orang buat teruk kat kita pun, kita jangan balas benda yang sama orang tu buat kat kita. Apa bezanya kita dengan orang tu kalau kita buat macam tu kan? Lebih kurang je. Biarkan, kerja menghukum ni bukan kerja kita, kerja Dia.

Apart from that, memanglah kita niat nak tolong orang tapi kadang-2 orang amik kesempatan dengan pertolongan kita. Banyak kali rasanya aku biar kepala dipijak. Dengan aku senang, kau buat baik dengan aku, aku pun buat baik dengan kau. Kau buat jahat dengan aku, takpa aku buat baik jugak dengan kau. Tapi ingat, lepastu takdanyaaa aku nak ikutkan sangat perangai kau tu. 

I fall a few times, as the matter facts I actually fall a lot. Disebabkan banyak kali rebah, alhamdulillah aku bangkit dengan kerebahan itu. Yes, it makes me stronger in many ways, you just name it. Do you have to change for others? I do believes that if someone does not accept you for who you are, trust me babe they don't deserve you in the first place anyway.


Let bygone be bygone.


Keluarga.

Ya Allah ya tuhan. Sesungguhnya aku amat bersyukur kepadaMu kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk mengharungi kehidupan aku bersama-2 dengan keluarga tersayang. Walaupun Atuk sekarang tidak kuat seperti dahulu, namun aku bersyukur seadanya. Kau kuatkanlah semangat Atuk dan kau berikanlah aku serta keluargaku kekuatan, kemudahan dan rezeki agar kami sekeluarga dapat membantu Atuk dalam keadaan Atuk yang sedang sakit ini. Aamiin.



Persahabatan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Cuma itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Ya, walaupun banyak sangat yang aku lalui tahun ini namun aku bersyukur kerana Kau tunjukkan padaku apa itu nilai persahabatan. Apa itu sahabat sewaktu kau senang dan susah. Pernah sekali, aku terbaca ayat ni "He will give you something better than what has been taken from you." Pada mulanya, aku menangis. Sebab betul, mungkin benda itu betul-2 terjadi. Aku cuba, cuba untuk pulihkan kembali. Namun, begitu ia rapuh sehinggakan aku rasa tali silaturrahim antara kami mungkin akan terlerai jua. Ya Allah, dugaan apakah ini? 

Lepas kejadian itu, hampir setiap malam aku berfikir. Fikir akan apa puncanya dan apakah solusinya? Buntu. Hanya itu yang mampu aku katakan. Tangisan, berbaldi-2 mungkin, bahkan banyak kali aku tidur dalam keadaan menangis.  Sedih, hiba memikirkan hal yang sudah berlaku. Aku dipersimpangan. Bila dengan dia, begini ceritanya. Bila dengan si dia, begitulah ceritanya. Bukan senang jadi orang tengah. Aku pun tak hingin, sebab semua cerita both sides kau hadam. Decision bukan terletak pada kau, kau hanya mampu memberi pendapat. Yang mana kadang-2 pendapat kau sendiri pun kau sangkal. Aku tahu aku takcukup baik dalam memberi nasihat dan sebagainya. 

Tapi itulah, sampai sekarang masih belum selesai. Aku faham memaafkan seseorang tidak begitu mudah, dan bila kita dah maafkan seseorang bukan senang untuk kita melupakan apa yang orang tu buat pada kita. Ya Allah. Benda ni sendiri pernah terjadi kat aku, banyak kali sebenarnya dan ia berlaku lagi. Tapi yang kelakarnya aku masih orang yang sama. Mungkin aku cepat melupakan atau aku sendiri tak belajar dari kesilapan. Bukan apa, bagi aku apa yang penting is silaturrahim. Ya Allah, jauhkanlah aku dari menjadi orang yang memutuskan silaturrahim. Satu je aku tanya, susah ke untuk terima seseorang itu kembali? Bukankah kita manusia, hamba kepada Dia? Manusia yang penuh dengan kesilapan dan perlukan bimbingan untuk kembali ke jalan benar?

Ego. Mungkin juga. Mungkin ego itu terlalu tinggi, sampai dinding itu susah untuk dipecahkan. Bila dikatakan ego kepada masing-2, masing-2 marah. Yang ini berkata demikian, yang itu berkata demikian. Cuma satu je yang difikirkan, begitu mereka marah kepada satu sama lain sampaikan mereka lupa akan persahabatan mereka sendiri. Persahabatan yang mereka bina. Atas dasar apakah yang persahabatan itu dibina? Jika ditanya pada aku, aku bina persahabatan kita atas kasih sayang. Ya, aku anggap korang bukan as a best friends tapi dah anggap korang macam adik beradik sendiri. Mungkin, mungkin juga pemikiran kita belum cukup matang. I don't know. Aku masih dalam keadaan terpinga-pinga, buntu akan solusinya.

"Sometimes you have to smile and pretend everything's okay. Hold back the tears, and just walk away but I just want you to stay."

Satu je yang aku harap dari korang. Please. Please cuba untuk pulihkan semula persahabatan kita. Aku sedih. Jarang aku sedih macam ni semata-mata kerana kawan. Tapi aku kenal korang dari kecil lagi weh, dari zaman baru nak kenal apa itu dunia. Kita sama-2 harungi kehidupan as teenagers. Janggal rasanya bila balik bercuti, tak lepak kedai kopi dengan korang. Janggal. Even Ibu pun perasan tapi aku abaikan sahaja, kata aku yang korang busy dengan kerja. Satu benda je aku nak korang tahu, bukan aku je yang dah anggap korang macam adik beradik sendiri tapi Ibu pun dah anggap korang macam anak sendiri.

Sudahlah, jangan diratapi lagi. Biarkan masa pulihkan keadaan kita kerana aku masih sayang akan persahabatan kita. In shaa Allah. Atau mungkin sudah sampai masa untuk aku redha. It hurts tho but I'll try to accept it.




2017: Neo Resolution.

Nahhh, for next year am not gonna make a resolution. I already know what's on my mind. Not gonna say it. If it comes true then I'll tell y'all. Ihihihi,

Let's put it this way. Let's throw all the negative vibes. Shooo Shooo! Throw it away! Let the positive vibes come to you. Kali ini aku akan lebih kuat, kuat untuk menghadapi liku-liku kehidupan. Pendirian tu sentiasa ada, cuma senang goyah bila memikirkan hal orang lain. Betul, kita kena fikirkan orang lain juga tapi kali ini kita fikirkan diri kita dahulu sebab belum tentu orang lain memikirkan perihal kita juga. Kan? Tapi, jikalau aku berlebihan, aku harap sangat akan ada orang tegur aku. Tegur aku untuk kembali berfikiran waras hahha.




What 2016 taught me?

Well, it taught me a lot. How to be strong when you face problems. To be careful who you trust and tell your problems to. Not everyone who smiles at you is your friend. Just be who you are, don't change for others. People can sometimes push and pull you away, welcome you but at the same time ignoring you. Nonetheless, I'll cherish it as it is somewhat a blessings and lessons.


.......


P/s: 2016 was a blessed. Many more returns in 2017. In shaa Allah. Esok pagi Match Day dan esok pagi jugak lah Paper Law. Thank you.


Xoxo,
 iSyazz






Take A Break!

Assalamualaikum ❤

I must say that a little break won't kill right? Hiksssss

Amende ntah T.T

Alhamdulillah dua paper selesai sudahhh~ Falak & BI. "Ya Allah, kau lembutkanlah hati lecturers aku semasa mereka menanda paper kami, aamiin."

Takde benda pun nak update actually, cuma entahlah ...

Mungkin sebab next paper Law kan, banyak benda nak kena baca. Hewhewww, Berpinar jugak baca Law ni. Thankfully got recording, so takdelah dok terpikir-2 apa yg Dr. Tan cakap masa kelas tuu. Idea Wana wehh record time kelas, thank youuuu Wana 👧👧

Lepastuu Titas then GPS. Takda gap langsung kayyy between this two papers. Macam mana entah nak handle. Hahha, time management Syazrina!

Dah lama agaknyaaa tak dengar radio. Tadi time aku dengar radio, err tak ingat channel apa. Tapi, dorang jemput penulis buku 'Saga Artakusiad' which is Ahmad Patria Abdullah. Humble gila orangnya, well dari apa yang aku dengar tadi lah. 

Aku terkejut yang dia spend idk almost like 30 years nak siapkan buku. Tapi betul lah apa yang dia cakap, ilham kalau takda memang payah. Inspirasi tu susah nak datang. 

Sama jugak kalau nak jawab exam ni ye dak. Kalau tak membaca, confirm taktau nak tulis apa. 

The thing is, lagi banyak yang kita belajar. Lagi banyak yang kita taktau sebenarnya.



P/s: Esok pagi nak cari Nasi Lemak.


Xoxo,
iSyazz



Final Week, Gambatte ne!

Assalamualaikum ❤

It's final week~ Setiap sem aku akan cakap ayat ni "Aku just nak sem ni habis cepat je". Like I said before, this sem takdelah banyak kelas sangat but the stress level Ya Allah has increased. Hahha one thing for sure, it's hard for me to live the moment for the time being. I usually find happiness in whatever things I'm doing but... This time.. Payah sikit. Hahha bayangkanlah kalau before tidur, kau akan count how many assigments yg tak siap lagi then bangun dari tidur how many hours that you just slept last night. Before pergi kelas, tengok lappy. Balik dari kelas, hadap lappy. Dear lappy, I wish for your health. Jangan buat perangai, kalau nak sakit pun biar demam biasa je hahha.

Mostly, kelas banyak yang dah takde dah. Alhamdulillah. Cuma tinggal yang saki baki ni jelah. Apapun, most of the assignment dah submit. Err carry marks? Most of 'em dah tau, cuma kalau yang taktau pun pepandai lah kira. Pointer? It's just a number. A numerical value. It's cliche right. However, it's show how much you understand about the knowledge. I used to strive for the best but I'm just a human being. Most of my time, I fall down. Not knowing that I actually lost. Lost in time.

Anyway, it's final week. So apa-2 benda yang aku takfaham I should be asking lecturers time sekarang ni kan tapi tulah.. Tengoklah macam mana. Still ada satu benda yang buat aku jiwa kacau. Definitely, GPS. The project somehow felt like a thesis ya'know. Banyak kali ktorang stuck, so we seek for clarification. We get clarified. Then again, stuck. Not knowing how to take the next step. The good part is it makes us think on how to solve the problem. But then again, sometimes can felt like a burden on our shoulders.

P/s: Still got one more day. Anything can happen. Ya Allah, increased my knowledge in a way that I'll be able to use it in future and in shaa Allah teach it to others. がんばって!



Xoxo,
iSyazz

Sum Up Your Semester, Syaz!

Assalamualaikum ☺

Lol, last update blog entahlah 6 bulan lepas agaknya. Patutlah aku rasa macam "mana hilangnya kreativiti aku" hahha abaikan -.- Apa je eh aku buat sejak naik sem haritu (bulan September)?? Seriously guys, kelas nak cakap full setiap hari, tak jugak. I mean, much better dari last sem kot. Oh yahh, this sem ada penambahan titas & koq. Grr, orang lain dah settle kot subjek umum universiti padiaa tu.. Aku ni tak settle-2 lagi. Takpelah, nasib badan mungkin. Tapi sem ni subjek semua 3.0 jam kredit except for the penambahan subjek tadi tu.

Jealous. Bila bebudak kelas kalau hari Selasa petang boleh terbongkang kat bilik. Aku? Nope, can't  do. Ada koq. Pensyarah tu suka guna ayat ni "Saya taknak awak semua stress-2, kita santai-2 je." Santai-2? Okay I agree. Stress-2? I disagree. Sebab apa? Aku rasa koq ni yang aku macam bagi komitmen terlebih-lebih pulak, sem lepas punya koq rilex je. But it's okay, sebab semalam last day for koq *i think soooo* Cuma tinggal makan-2 jelah kot hahha. Btw, aku amik Hortikultur. To sum up my present for this koq, I just wanna say I do have lots of fun with the others. The stress part? Well, it's a norm. "If you're not stressed out then you're not having fun" *rolling eyes*

Now, TITAS. I must say, aku takdelah apa-2 masalah dengan subjek ni. We're supposed to transfer credit for this subject because I bet that 80% of the course outline is quite similar to ours back in PUO. Tapi, hmm there's nothing that I can do kan. Zzzz there's one problem. Dekat e-learning nama aku ada dalam seksyen tu tapi dalam aimsweb TIADA. Nicky nacky nada wayy. NA-DA. Guys, kalau e-learning ada nama kau tapi aimsweb takda nama kau, tak guna jugak. Why? Aimsweb tu sistem pendaftaran kau kat U ni. Which mean this sem aku just amik 7 subject which is supposed to be 8. Kena buat surat and print screen semua benda tu as bukti. MASALAH nya draf final exam dah keluar, aku risau je kalau nama aku dorang tak masukkan dalam seksyen tu. Anyway, aku dah hantar lah surat tu apa semua...

Alhamdulillah dah settle masalah titas tu. Sebab akak kat fakulti call cakap nama aku dorang dah masukkan dalam sistem. Aamiin! Tapi..... Aku taktahu lah kenapa tapi aku rasa aku memang ada masalah dengan sistem kat UTM ni. Why oh why? Dah selesai yang itu, pasal Professional Course pulak. Hahha ada ke patut no matriks aku A14.. which is supposed to be B15... Make senses lah if aku dari Diploma UTM kan tapi bukan masalahnya. Bila contact dengan UTM Space dorang cakap, memang aku kena login guna A14.. tu tapi dekat sistem dah memang betul maklumat aku tu. Well, I guess problem solved?

What about others subject? Hmm kita cerita BI dulu lah. BI so far so good. Last class hari Isnin haritu. Draft for Term Paper pun dah submit. So tinggal nak submit Final Term Paper jelah. Now let's head to the core subjects. Map pro? No comment. Land Law? OHSEM tapi banyak nak kena baca ooh! Lse? Okay cuma kena extra revision? GPS? Tiring as usual, mentally tortured but at least I gain knowledge from there. Falak? Hihi ❤❤


P/s: Next week dah Final week rasanya before Study Week. It;s sure gonna be hectic guys.


Xoxo,
 iSyazz