Friendship

Heyy Sari Cempaka 5, I miss you!

11:07 AM iSyazz 0 Comments

Assalamualaikum ❤

"Sahabat itu seperti bintang, dia memang tidak selalu terlihat. Tapi dia selalu ada untukmu."-Unknown.

Missing Azlia. Meet the Crazies!


Seringkali aku terjatuh. Tanpa disedari, aku alpa. Aku lupa, aku laghaaa dengan duniawi. Pernah sekali aku rasa bosan, kosong dan malas untuk buat semua benda. Kenapa entah? Okay, tbh ever since aku sambung study, I kinda felt lost. Empty. I used to think yang tak apa, kat mana pun kita sambung belajar kita akan 'make friends'. Maybe, sebab before this aku dah terbiasa pindah sekolah membuatkan aku dah terbiasa make a new friend.

Kata orang bila hati rasa kosong, jangan berharap pada manusia. Tapi sujudlah. Mungkin Allah rindu dengar tangisan kita. Betul tu.

Cumanya.. ever since diploma. Walaupun 3 tahun aku kenal bebudak tu, the memories.. Memang terpahat dalam hati weh. Kalau kat sini, yes aku happy je dengan dorang. Masing-2 ada perangai sendiri, that's people. We gotta respect them. Mungkin sebab kalau dulu tu, pagi petang siang malam dok hadap muka dorang. Mana taknyaaa, serumah. Sebilik kot. Share satu peti ais *faham-2 jelah*. Sejujurnya, rindu weh.

Seronok sangat time belajar dulu sebab masing-2 kalau time study week jangan cerita lah. Pagi-2 dah bangun, p pasar kat belakang dok cari Nasi Lemak or Roti Canai oh oh plus kuih muih sikek. Pepagi dah bukak TV3 sambil breakfast, dok tengoklah MHI tu haaa. Tapi general knowledge time tu jangan cakap lah, cenggini hahha. But aku tak caya sangat TV ni, suka auta. So, lepas breakfast buat apa? Get ready nak study. Kat mana? Lol, takdanya istilah study kat bilik kalau pepagi tu. Masing-2 'open table' kat ruang tamu. Siapa yang duduk kat TC tu tahu lah betapa 'comelnya' ruang tamu kita kan. Tapi yang peliknya, muat je ktorang 7 org study kat situ. Kadang-2 Zai & Azlia study kat luar so memang muatlah ktorang 5 org.

Yang kelakarnya, lepas study 30min confirm Pija tanya tgh hari nak makan apa eh tak pun tanya nak beli makan kat mana eh. Kelakar kot, every time. Lol, kadang kol 11 lebih dah g cari lunch. Petang? Apa lagi, kuih muih lagi lah. Tak pun laksa. Pergh sedap kot. Selalu lepas Zohor, buku memang tutup lah. Tidur time. Kononnya nap time tapi... hahha. Every time. Selalunya Wani mesti nak g TC, beli jajan dia hahha so tukang ngekornya ktorang lah. Aku, Fana dgn Kimahh. Padahal takbeli apapun, tapi nak riadah katanya, Cuci mata. Hahha apalah. 

Selalunya time malam jarang beli makan kat luar melainkan haritu ada pasar malam. Bila pikirkan balik, tgh hari pun jarang beli makan kat luar. Kalau malas baru beli. Selalunya memang masaklah ceghitanya. Makanan orang bujang. Biasalah, faham-2 jelah. Tapi ktorang lain, semua benda nak torai. Tapi ada satu benda yang tak tercapai time dok rumah sewa tu, Laksaa Utaghaaa Azliaaa! Setiap kali Azlia balik rumah kg, confirm dia bawak balik laksa. Sedap kot. Ikan dia terasa kot. Katanya, rahsia nak masak laksa ikan kena dua jenis. Tapi dia takbagi tau ikan apa. Rahsia lettu. 

Ada banyak hikmah bila budak rumah kau dari Utaghaaa, Pantai Timur & Selatan. Aku tengah-2, don't ask. Tapi Sabah Sarawak takda lah. Kalau Azlia, bawak laksa. Kimahh... Dia punya kepok lekor lah. Tak pernah miss bawak balik. Thanks kimah, sebab kan dah makan kepok ganuu aku taklayan dah kepok-2 yang banyak tepung ni eheheh. Wani pulak, dia punya Budu. Aku boleh makan tapi kena nasi panas-2 w/ ikan panas-2. Kalau dah sejuk sikit, aku err susah sikit nak makan, Sorry ihihi. Fana oh fana, orang Selatan kan. Thanks for otak-2 & aku tak ingat apa ntah kau bawak tu tapi sedap wehh. Ye ye sebok cite pasal makanan yang dorang bawak, aku takkan kosong je kan? Ada jugak okay, tapi dorang tau aku punya jasa time masak hahhaha kbaii ❤

So, lepas Isyak buat apa? Lepak bilik Pija Fana & Wani. 'Lepak as in Musyawarah time!' This is my fav time sebab time tu memasing jadi Cikgu Tuisyen. Seronok weh time ni sebab time ni lah ktorang discuss balik apa yang ktorang study. Mostly, sorang akan explain then confirm akan ada soalan cepumas. Best lah, sebab banyak gila input time ni. Memasing pun tak lokek kot. Takda istilah lokek kat sini. Sama-2 nak berjaya kan, sama-2 usaha. Satu benda yang budak rumah aku pegang is ..

"Ilmu itu jihad. Menyampaikannya adalah suatu ibadah. Setiap kali beramal dengan ilmu, sama macam kita berzikir."

Bila fikir balik, aku beruntung dapat kenal dengan korang. Bersyukur sangat, sebab korang.. ajar aku apa itu erti persahabatan. Ya Allah, kalaulah  masa tu aku tahu manisnya seseuatu persahabatan itu sudah pasti akan aku lebih menghargainya. 


Missing Zai. Meet the Weirdos! 


Bila dah habis belajar, masing-2 pun buat haluan sendiri. Mana yang tengah bina career tu I wish the best for all of you. Mana yang sambung study, gambatte ne! Apapun aku happy sebab ada antara korang yang in shaa Allah akan bina masjid. Ya Allah, aku yang tak sabar okay. For some of you, yang tengah y'know pening-2 pasal ni.. Jangan risaulah, in shaa Allah takda apa lah. Aku pun kenal dengan ehhem kau tu. Percayalah cakap aku, dia tengah berusaha untuk menghalalkan tu. Kau pun bagi lah moral support ke apa ke. Hikss sorry lah, aku bab-2 perhubungan cintan cintun ni boo sikek. Hahhaha.

Tapi aku percaya dengan ayat ni "Sahabat itu seperti bintang, dia memang tidak selalu terlihat. Tapi dia selalu ada untukmu."-Unknown. Sebab korang takda kat depan mata aku tapi korang selalu ada bila aku perlukan korang. Thanks guys ❤


P/s: Doa aku sentiasa untuk korang. In shaa Allah. Ohh btw, dah berhabuk rupanya post ni, now aku kena tapis all my draft if not jadi macam ni lah T.T


Xoxo,
 iSyazz






You Might Also Like

0 comments: