Saya Pun Anak Melayu lah :D

7:37 AM iSyazz 2 Comments

Assalamualaikum :) Hai kawan-kawan , hihi . Kenapa ? Pertama kali ke baca blog kita dalam bahasa Melayu ? Hhihi tak jugaklah , sebelum ini kita rasa , kita ada gak post blog menggunakan bahasa Melayu . Okaylah gini cite dia , adalah seorang wanita dalam dunia ni asyik-asyik perli kita kenapa mesti blog kita dalam bahasa Inggeris dan kenapa tidak dalam bahasa Melayu ? Bukankah itu suatu pilihan , kan ? Jadi tak kisahlah samada nak guna bahasa Melayu atau bahasa Inggeris kan ? Apa-apa pun rambut sama hitam tapi hati kan lain-lain , kalau awak suka warna merah jingga dan kawan-kawan awak yang lain tak suka warna merah jingga , tak kan lah awak nak paksa orang tu untuk suka warna merah jingga , KAN?? Haa nampak tu , sampaikan kita kena buat perbandingan macam tu sekali! Haihh tak paham betul lah dengan orang zaman sekarang ni , benda-benda gini pun bole jadi isu . Ish ish . Bukannya kita tak suka posting dalam bahasa Melayu cuma kalau kita tulis dalam bahasa Melayu SAHAJA kita akan menaip dengan lambat ; sangat lambat . Kita faham sebagai rakyat Malaysia kita kenalah martabatkan bahasa kebangsaan kita . SAYA TAHU , SAYA FAHAM . Kita dah jawab da soalan "Bagaimanakan kita hendak memartabatkan bahasa kebangsaan?" , ya la kita dah jawab soalan itu dalam kertas Sejarah termasuklah kertas BM okay ?-PUAS ? Ish , wanita tu kan memang dah lama tau kita geram dengan dia , dia rasa macamlah dia tu sempurna segalanya . Ye Allah sememangnya menjadikan kita sempurna seadanya tetapi kita juga ada kekurangan dan kelebihan kan ? Jadi mungkin kekurangan dan kelebihan saya terletak pada sesuatu benda ataupun apa-apa je lah . Jadi janganlah asyik nak kutuk dan nak bandingkan orang sangat . Wanita tu bukan sahaja kutuk malahan asyik bercerita huh bawa mulut dok cite kat semua org , ape punya orang lah ni .Tak pe lah kan , biarlah dia Si Wanita tuu dengan hidup dia sendiri . Yea dia asyik cakap "BERUBAHLAH WEH" . Haish entah pape jea ouh . Sedar tak sedar , susah tau untuk seseorang tuu berubah lagi lagi suruh ubah seseorang punya habit , pergh memang susah lah kan . Kita boleh je nak berubah tapi ianya akan mengambil masa lah , AKAH MENGAMBIL MASA YANG SANGAT LAMA , sangat lama -,- Jap , kadang kita terpikir jugak kenapa awak dok kepoh pasal kita tulis dalam bahasa Inggeris dan tak dalam bahasa Melayu , kenapa ehh ? Bahasa Inggeris awak tak berapa err bagus ke ? Bukan nak berlagak ke ape , tapi hmm kita terpikir je , tak cakap pun HA-HA. Lagipun Saya Pun Anak Melayu Lah :D Ya , saya ni anak Sabarudin dan Suzana . Atuk Nenek belah ibu dan belah abah semuanya Melayu tapi ade campuran sikit tapi kalau dah Atuk dua-dua belahnya Melayu maksudnya saya ni ANAK MELAYU lah :D Okay dah . kita taknak cakap banyak pasal hal ni sebab tak jadi isu pun kalau seseorang itu nak berblog-ing dalah bahasa Inggeris , tak ke awak rasa macam itu ? Apapun , semoga awak dalam keadaan yang baik wahai Si Wanita dan semoga Allah memberkati hidup awak okay :)

P/S : Nak sangat aku post dalam bahasa Melayu , nahh hamek kau! Haha

You Might Also Like

2 comments: