4 Golongan Lelaki

1:18 AM iSyazz 0 Comments

Assalamualaikum^^

Alhamdulillah harini saya masih bernafas :) Harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera :D Untuk post kali ni , saya nak bercerita mengenai 4 golongan lelaki. Saya dapat maklumat ni time saya pergi ceramah kat poli. So jum get to know the '4 golongan lelaki ni.'


  • Pertama: AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

  • Kedua: SUAMINYA
Apabila seseorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas dipejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang yang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

  • Ketiga: ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula kepada abang-abangnya... jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam.... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

  • Keempat: ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu tentang perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... nantikanlah tarikan Ibunya.

So, kalau nak dilihatkan betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja hebat di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat! Maka kaum Adam yang bergelar ayah, suami, abang atau anak sesungguhnya memegang tanggungjawab yang sangat berat. Ya Allah ya tuhanku, besar sungguh tanggungjawab mereka ke atas diri kita ni wahai kaum Hawa. Jika mereka tidak ingat akan tanggungjawab mereka ini, kita sesama manusia maka beringatlah antara satu sama lain. InsyaAllah, kaum Adam dan kaum Hawa masing-2 akan sampai ke syurga satu hari nanti. Amin. 

P/s: Sebagai pengetahuan bersama, renung-renungkan dan selamat beramah! Ewah xD

Xoxo,
 iSyazz

You Might Also Like

0 comments: