Jangan Bersedih
Assalamualaikum^^Alhamdulillah untuk cuti ini saya banyak membaca buku-buku untuk membuat maintenance kat dalam minda ni. Dah berhabuk jugak lah en so kena ah polish. Apapun, ada satu buku yang menarik minat saya iaitu Jangan Bersedih by Dr. `Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Masih baca buku tu lagi, belum sempat nak habiskannya. InsyaAllah kalau ada masa dalam sem baru ni akan saya habiskan satu buku tu :) Bagi saya buku ini memang sangat bernas dan bagus untuk mereka yang diluar sana yang mungkin tengah bersedih. Wahai sahabatku, tahukah anda sekiranya anda bersedih anda mungkin akan hanyut didalam kesedihan itu. Hanyut disini bermaksud anda mungkin akan hilang pertimbangan, jujurlah wahai sahabat pabila kita sedang murung, minda dan emosi kita akan jadi tak stabil, betul tak?
"Jangan bersedih, kerana qadak telah ditetapkan. Sesuatu yang ditakdirkan telah dan akan terjadi."
Okay, kalau korang semua dah baca entry sebelum ni korang pun mungkin akan faham yang saya ni tengah berdukacita atas apa yang berlaku tempoh hari. Cuti seminggu ni konon-2 bosan en nasiblah terjumpa buku ni, pulak tu memang kena lah dengan emosi ynag tengah tak stabil ni enn. HAHA but seriously guys, walaupun saya baru baca dua bab namun impak dia, PERGH! xD Macam ni waa cakap *Thumbs up. Well, sememangnya membantu lah buku ini untuk orang-2 orang yang tengah kesedihan, kemurungan dan sebagainya.
P/s: Buku ni belum habis dibaca lagi, insyaAllah kalau dah habis nanti saya bagitahu sinopsis pasal buku ni tau ^.^
Xoxo,
iSyazz
0 comments: