Good News, Bad News.

5:53 AM iSyazz 0 Comments

Assalamualaikum^^

Apa cerita korang? Well, harap korang sihat-2 belaka lah kan :) Saya alhamdulillah makin hari makin redha dengan ketentuanNya. Ya Allah, banyak sangat benda nak cerita kat korang semua. Hmm. Tapi akan saya ceritakan satu per satu, insyaAllah kalau masa tak mencemburui kita :) Benda first nak cerita is  well are kot sebab ada dua cerita dalam satu cerita if you know what I mean :)

Okay ceritanya macam gini, hari Isnin; Disember 10 2012 is the day saya dapat tahu result saya and memang time tu well malam tu rasa tak sedap hati lah nak tidur sebab esoknya result keluar en. Pulak tu, ni first time amik exam kat Poly and all so rasa cuak dia semacam sikit ah. Pukul 9 dah boleh check dah tapi memang line slow ah time tu en sbb semua busy nak usha result. Therefore, bangun je pukul 10 macam gitu saya pun dengan berkobar-2  nak tgk result tp malangnya lappy lag. Zzzz so around 10:45am gitu kot baru boleh bukak iPuo tuu. Okay bila dah bukak iPuo tu mmg tak faham sepatah haram kot HAHA tapi betul doe -,-" Mula taktahu pun result yg mana satu then bila dorang ckp yg kat HPNM tu result kita.. Alhamdulillah result okay :) Kalau dekat poli pointer atas 3.50 tu dah kira Dekan aka AKJ which mean Anugerah Ketua Jabatan :) Sbb kat poli mana ada Dekan en en :3 Nak dijadikan cerita result saya atas 3.50, alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat sebab usaha sebelum ni memang berhasil :)

Lepastu, si Joyah Muz Jaffar call saya tanya pasal result tu and macam mana nak bukak iPuo semua tu lahh and Kimah pun call tanya pasal tu semua and bila dah bagitahu alhamdulillah resut dorang pun okay. Result Azlia pulak mmg tak payah cakap ah, hebat :D Rasa macam haritu happy sangat ah but then something bad is about to happened when I got a tweet, a phone call and a text message from Muz asking for my matrix number. Suddenly dia suruh saya bukak group kelas kat FB, suruh check kedudukan kat kelas. Zzzz, how in the world aku boleh lupa pasal tu! PA (Pensyarah Akademik) ckp nnti KPT rombak kelas sebab classmate ramai sangat. Dorang kata satu kelas takboleh lebih 30 orang and now dah terlebih sebab our kelas; 1B je dah 35 org and em kelas 1A je dah 38 if taksilap and that's why dorang kena rombak balik.

Ya Allah! Rasa macam nak mengamuk and sedih plus kecewa gila time tu bila tengok dekat group tu, no matrix saya takde! And yg buatkan rasa sedih dan kecewa bila my girls semua kelas 2B and saya sorang kelas 2C. Which mean Muz, Azlia and Kimah dah tak satu kelas lagi T.T Sedih sangat and believe me time Muz and Azlia call tu memang air mata ni mengalir je. Ya Allah sebak sangat :( Well at least kalau ada sorang pun yang join satu kelas kira okay ah en ni tak :( LANGSUNG TIADA.. I repeat TIADA! Okay, memang ah ade budak perempuan dari kelas saya yg senasib dengan saya tapi saya takdelah rapat mana dengan dorang sebabnya ktorg semua dah set mind yang KONON nya ktorg akan satu kelas sampai akhir sem and now dah takde makna dah semua tu.

Memang ah mana budak yang takyah tukar kelas and dapat tahu pasal saya nak kena tukar kelas try untuk pujuk hati ni balik tapi dorang cakap senang ah sebab dorang takyah tukar yang tukarnya ktorg! Hmm, dorang takkan faham sebab bukan dorang yang kena alami semua ni. Seriously, perasaan nak tukar kelas and buat rayuan and all that memang ada, tipu ah kalau cakap takde en cuma bila difikirkan balik.. ADIL ke kalau saya je yang tukar kelas and yang lain senasib dengan saya takdapat tukar kelas? I mean, kalau dorang tak kisah memang saya nak ah tukar en tapi mesti ah dorang nak jugak tukar en? So, I think better kalau saya terima je dengan semua yang berlaku ni.

Ya Allah, Kau berikan padaku kegembiraan namun Kau datangkan juga padaku kesedihan. Apakah semua ini? Hanya Kau sahaja yang tahu maksud tersirat ini. Cuma satu Ya Allah, aku mohon padaMu, aku harap terdapat hikmah disebalik musibah ini. Adakah ini satu dugaan dariMu ya Allah? Jika ya, kau tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaanMu ini. Amin.

P/s:  Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"

Xoxo,
 iSyazz






You Might Also Like

0 comments: