Teguran.

6:10 AM iSyazz 0 Comments

Assalamualaikum wbt sahabat-2 sekalian^.^

Teguran? Apa pendapat korang mengenai teguran & macam mana korang handle teguran? Lain orang lain cara menegur & lain cara penerimaan teguran, betul tak?

Kalau tanya aku lah, aku bersyukur kalau ada orang masih sudi nak tegur aku sebab apa.. itu membawa maksud yang dorang still care pasal kita, kan? Kalau dorang buat taktahu je, faham-2 jelah. Okay mula-2 tu memang susah lah nak hadam apa benda yang dorang tegur kita kan tapi kalau kita pikir balik, ada betulnya apa yang dorang tegur kan?

Sama ada kita terima dengan hati yang terbuka or not, well tu semua tu bergantung kat kita lah how kita nak terima teguran tu macam mana en.. As for nak menegur orang pulak, siapalah kita nak tegur pasal orang lain kan sebab kadang kita pun bukannya betul. So, before nak cakap pasal orang lain better kita cermin diri dulu sebab apa kita bukannya perfect.

Kita manusia biasa je yang sentiasa bergelumang dengan dosa. Cuma kalau dah terasa orang tu macam melampau sangat then tegurlah dia tapi bukan dengan cara menegur dia depan orang ramai sebab cara tu dah salah pasal dah macam kita mengaibkan dia kan. Kalau dah takde guts nak tegur orang tu pun, kita diam jelah. Selemah-lemah iman is kita lawan dengan hati, betul tak?

P/s: Muhasabah diri.

Xoxo,
iSyazz

You Might Also Like

0 comments: