Terakhir.

9:28 PM iSyazz 0 Comments

Assalamualaikum wbt sahabat-2 sekalian.

Dari jauh ku lihat tingkah laku anak-2 kecil yang kini sebenarnya bukan lagi anak kecil. Kini, mereka sudah matang. Bukan sahaja dari segi rupa malahan dari segi pemikiran. Anak-2 kecil yang sering dimarahi, dinasihati & menjadi bualan guru-2 nya kini sudah meniti alam dewasa yakni alam pekerjaan & alam yang seterusnya..

Amacam baik tak karangan BM aku? Ha dah cuak lettu, apa ingat entry kali ni aku berbahasa baku lah tu. Tidak, tidak sama sekali. Nways, hari kejadian adalah Yaumul Jumaah. Hari yang penuh keberkatan. Hari jumaat yang sepatutnya aku free&takde class but harini ada (got test act) Bermula dengan bacaan yaasin, dipertengahannya kelas-2 dan pengakhirannya yang tak ku duga. Pengakhirannya yang membuatkan aku berfikir sejenak.. "Adakah harini hari terakhir kita bergurau, adakah ini hari terakhir kita bersua & bermacam lagi persoalan."

Bukan apa, andai ini kali terakhir aku melihat wajah korang.. ingin kusampaikan hasrat bahawa, jauh dilubuk hati kecil ini terpahat satu memori yang tak akanku lupakan. Memori yang sangat berharga. & yeah walaupun aku suka push korang siapkan assignment, presentation & etc, marah-2 kalau korang buat kerja tak betul apa semua.. bukan apa.. korang pun tahu kan, marah tandanya sayang?

Bila Nana suruh buat personal video tu rasa macam oh okay untuk malam dinner tu kot. Then, dia cakap bukan untuk malam dinner tu tp untuk simpanan peribadi. Cehh-2. Nanti dah siap, dia bagi. Tak sabar nak tengok video tu, sbb dorang cakap ramai yg nangis, ada yg confess, ada yg ya'know cuba menceriakan keadaan but then terlalu sebak smpai menitis gak ah en. Bak kata Acap "Siapa pulak yang potong bawang ni *nangis". Lepas dah berucap tu, aku memang dah taktahan dah. Kenot stay situ lama-2, kang nangis jugak aku nanti. So aku hanya mampu lihat telatah dorang dari jauh je. Apa yg pasti, I'm looking forward to watch that video 😀

Terakhir. Aku harap ini bukan kali terakhir kita bersua. Aku harap juga, hubungan persahabatan kita ni kekal hingga ke Jannah. Which kita takkan lupakan antara satu sama lain. Which kita akan sentiasa nak tanya khabar pasal each other. Untuk yang sekalian kalinya, aku harap terakhir ini lah yang menjadi permulaan yang insyaAllah penuh dengan keberkatan buat kita semua.

P/s: Yup, aku dah start rindu korang dah ni.

Xoxo,
iSyazz

You Might Also Like

0 comments: