New Semester,New Hope
Assalamualaikum sahabat-2 sekalian ^.^Lagi beberapa hari before class start. Adakah aku gembira? Adakah aku sedih? Jawapannya kedua-2 nya sekali, bercampur baur! Gembira lah nak jumpa bebudak kelas yang senget tuu tapi sedih jugak ah nak tinggalkan bandar halaman ku cehh. Padahal hujung minggu nanti balik S'pore hahha sama je jumpa jugak parents heee . Hmm tak jadi pun actually. Semalam parents hantar balik, okay kalau parents yang hantar balik confirm lepastu rasa homesick. Dah lah semalam dorang balik tu singgah Cameron Highlands. Tak fair! Hmm sodehhh dennn T.T Tapi takpe, aku dah menggembirakan hati dengan tengok WORLD WAR Z with housemates and seriously you guys should really watch that movies . *Thumbs up!
Apa yang aku harap untuk sem ini adalah aku mesti teruskan perjuangan. Perjuangan dalam menuntut ilmu dan kehidupun seharian aku sebagai pelajar. Tak mudah tapi kita kena cuba untuk teruskan. Err aku tak berapa nak suka dengan ayat ni "Study Hard" memanglah kita kena study hard but kalau terlalu sangat boleh stress kot and stress tak bagus untuk kesihatan ye anak-2 so apa yang kita kena buat ialah "Study Smart". Ada masa kita belajar, kita belajar. Ada masa kita main, kita main. Kalau belajar je, dok hadap buku and lappy satu sem takboleh jugak tapi kalau asyik main-2 tak study pun takboleh jugak. So keyword kat sini ialah balancing and managing. Yup, nak taknak kita kena ah pandai manage masa and balance kan our life. Bukan nak cakap aku pandai, aku ni memandai je hahha well benda-2 ni semua sebagai dorongan ah untuk kita at least untuk aku lah. Yup, aku kena nasihatkan diri aku dulu, cermin diri aku dulu sebelum aku nasihatkan diri orang lain ye dok?
Untuk semester baru ni, semester yang ketiga ni aku nak sangat buat improvement. Tak kisahlah dari segi pelajaran ke ape ke but make some improvement. So 24 ni dah start kelas dah then dua minggu kemudian dah start puasa. Fuhh, can't wait untuk puasa ! :D Tahun lepas punya puasa alhamdulillah PENUH. Haah, puasa penuh kot. Bebudak laki Dut1B tak caya aku puasa penuh almaklumlah untuk perempuan puasa penuh mustahil selalunya pun yang puasa penuh is perempuan yang mengandung. Astaghfirullahlazim, aku tak mengangdung le T.T At least, belum lagi nanti dah kahwin insyaAllah ^^ Macam biasalah kan, kalau pikir puasa ofcozlah nak beramal ibadah. Click here for Info-info! <-- InsyaAllah, semoga info-2 dalam blog tu akan ku ikuti, aamiin. Korang pun ikutlah sekali, insyaAllah berganda-2 ganjaran dan pahala yang kita akan perolehi ↖(^▽^)↗
Lepastu-2 nak turunkan berat badan sikit, cewah. Well kalau berat badan tak turun secara drastiknya I don't mind but at least healthy . Live a long life lah Syazrina! Therefore, start daripada harini aku akan makan healthily :) Seafood aku takdelah minat sangat, suka tu suka tapi takdelah selalu makan. Bagus jugak sebenarnya sebab makanan laut banyak kolestrol kan, telur kuning pun sama actually. I'm a karnivor! Yup, I eat meat and I love it! Steak, lamb and anything to do with red meat just catches my eyes. Yang tu definitely kena kurangkan. Tapi takde masalah sangat kot sebab kat Ipoh ni jarang makan daging. Yang salu makannya is ayam aduh macam takpernah nak lari ayam tu. Susahnya o(╯□╰)o Kalau takmakan ayam, ada satu problem pulak. Usually orang akan ada hipertensi en tapi aku ada hipotensi iaitu tekanan darah rendah. Kalau rendah je mulalah rasa mual , nak pitam and tak suka doe. So kena kawal pemakanan and to always eat like pyramid food. Hee takdelah sampai tak makan langsung seafood semua tu cuma tak selalu lah kan? :)
Mudah-mudahan semester tiga ini aku peroleh keberkatan dan harap-2 apa yang aku inginkan ni akan kukecapi. InsyaAllah, nak macam tu kan Syazrina? Awak kena usaha dan jangan putus asa. Mohon sahabat-2 dan rakan rumah sokong saya dari belakang, tepi, depan dan semua sudut lah :D Aamiin.
P/s : Err saya nak cuba diet ni.. bulan puasa nanti sebulan kan so taknak sentuh nasi, insyaAllah .
Xoxo,
iSyazz
0 comments: