Keracunan Makanan *Yuck!

12:26 AM iSyazz 0 Comments

Assalamualaikum wbt sahabat-2 sekalian ^.^

Sihat tak semuanya? Harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera lah kan lagi-2 dalm bulan Ramadhan ni.Alhamdulillah kalau korang semua sihat, hmm aku sihat tak? Well, jawapannya TAK. Nampak tu tajuk kat atas tu KERACUNAN MAKANAN! Yes, semalam aku keracunan makanan. Ya Allah ya tuhanku, tak kusangka tak kuduga ini akan berlaku. Tapi apakan daya, benda nak jadi kan. Macam mana boleh keracunan makanan? Entahlah aku pun tak sure so let's investigate together. Let's see...



Kelmarin aku beli juadah berbuka puasa dekat Bazaar TC, before this aku salu beli kat Bazaar Ipoh Jaya tu ataupun kat Medan Gopeng and ada lah sekali tu beli kat tepi rumah-2 time otw nak balik. Actually tu kira first time aku beli kat TC. Hmm apa yang aku beli? Mee kari, air nyor, samosa and yg fishball cucuk-2 tuu. Hmm yg mana satu puncanya? Still dunno yet so pagi tu macam biasa sahur susu and biskut. Takkan tu puncanya? Oh lupa pulak, malam tu makan durian tapi sebijik je kot? So macam mana ceritanya ni? Apa puncanya???

Pagi semalam, dah siap-2 nak g kelas dalam kol 7 mcm tu terasa sakit perut. Seriously, ingatkan senggugut sebab dah check calender mcm dah nak masanya. So tak kesahlah, pergi jelah kelas macam biasa but minta Fana bawakkan motor lah, kalau akulah yang bawak entah kemana dah, tak sampai kelas dah agaknyaa~  Pagi tu ada kerja padang, konon-2 tough lah boleh tahan sakit tu, last-2 pukul 8:20am dah balik rumah balik. Taktahan kot. Sampai-2 je rumah tukar baju and all , letak minyak kat perut then rehat. Taksampai 5 minit lepas tuu... dah start buang air besar dan suddenly muntah sekali. Time tu aku dah terasa dah yang ni bukan senggugut lagi ni sakit perut as in keracunan makanan dah ni..

Kat rumah time tu takde orang, I'm alone by myself. Call Abah, cakap keracunan Abah cakap g buka minum air panas letak minyak semua tu and bila kawan balik ajak p klinik. Berdebat dah dengan Abah, taknak buka puasa tapi muntah dah teruk sangat Abah cakap dah batal puasa dah. Dalam kol 10:30 gitu minumlah air. Call mc mintak tlg dia hantarkan tp dia dekat rumah Shida tak lama lepas tu Fana call tanya keadaan macam mana so mintak lah tolong dia hantarkan p klinik but dia cakap lambat sikit dia balik, I said it's okaylah I'll wait.

Dalam kol 11 lbh tu Wani and Zai balik, alang-2 Zai dah sampai kat rumah and perut dah sakit sangat, mintaklah Zai tolong hantarkan p klinik. P cucuk duit dulu then baru g klinik. Takut jugak klinik tutup sebab time tu nak dekat solat Jumaat dah kan, orang semua mesti dah get ready aite? Tapi alhamdulillah masih buka, so doctor panggil tanya sakit apa. Cerita punya cerita, dia ambil temperature, blood pressure and macam biasa blood pressure low. Patu dia suruh baring and dia check perut, katanya perut kat bahagian tengah keras, yang lain semua okay. Well, memang pun  sbb yg paling sakitnya kat bahagian tengah. Terasa macam ada benda tengah cucuk, Ya Allah memang sakit. Guess what? The doctor injected me. Grr sakit and malu sebab doctor tu lelaki T.T

Then doctor bagi ubat and dia cakap jangan makan ini makan itu and banyakkan minum air. Zai tanya, dia buat apa je , aku cakaplah kena inject semua tu patu dia terkejut bapaklah sampai kena inject haha kelakar pulak zai ni. Then bila difikirkan balik, dia tanya berapa rm kena? Haah eh, aku pun taksure sebanya zai ckp syira yg demam biasa tu pun sampai rm40 apatah lagi yg kena inject-2 ni enn.. Patu aku pikir jugak, kalau aku kena lelah and aku p sedut gas pun dalam rm50-70 takkanlah inject mahal pulak kan. So kena lah rm35 , okaylah..

Alhamdulillah, harini dah makin okay sikit and yes kalau korang bertanya adakah aku puasa. Yes, aku berpuasa harini :)

P/s : Lepasni dah taknak beli makanan sembarangan kat luar tu haa.. Hmm punca keracunan makanan aku ni kita masih taktahu lagi kan? Well, entahlah aku pun taktahu apa puncanya tapi apa yang aku tahu.. semoga Allah cepat sembuhkan sakitku ini, aamiin :')

Xoxo,
 iSyazz

You Might Also Like

0 comments: