Q: "So, what you've been up to lately?"

9:19 PM iSyazz 0 Comments

Assalamualaikum wbt sahabat-2 sekalian ^.^

Aku tahu last post aku tahun lalu, bulan September. Nak buat macam mana, I've been busy with life lah. Kehkeh. Apapun sekarang ni dah bulan Jun dah pun which dah tengah tahun?! Which mean next sem is my second last sem and AKU.DAH.MASUK.TAHUN.KETIGA! Fuhh! Macam tak percaya~ Pejam celik pejam celik dah dua tahun aku belajaq ukuq tanah ni.

Q: "So, what you've been up to lately?"
A: Trying to balance my dunia and ukhrawi . Kata orang kalau terlalu asyik dengan dunia, kita akan jauh dengan ukhrawi. Tapi kalau terlalu dengan ukhrawi pun tak boleh jugak kan? So, the best is ikut kata Ustazah which is to balance both of it. Kalau kita berjaya seimbangkan dunia dan ukhrawi, insyaAllah kita boleh berjaya. Enn? :)

Nak dijadikan cerita, bulan April haritu aku dah habis praktikal dah pun. Alhamdulillah keputusan agak memberangsangkan. So faham-2 lah kan kenapa I busy hihi. Bukan apa satu je aku fikir, kalau takat dalam paper je Excellent tapi bila praktikal not so Excellent nanti bila nak cari kerja, orang akan pikir kita takboleh buat kerja pulak kan so I've to do my best lah during practical. Trust me, walaupun praktikal tu kadang-2 aku pikir macam main-2 je tapi actually best jugak. Hahha sangat immature kan percakapan aku. Bukan apa, kalau terlalu bersungguh pun macam tak fun kan? So, daripada kita stressed out pasal sesuatu kerja tu, baik kita make it fun so that we don't stressed out by it kan?

Alhamdulillah, tempat praktikal yang aku dapat ni pun apa kurang hebatnya. Staff kat situ sume prihatin gila and baik kot. Nak masuk tiga bulan gak ah aku ikut surveyor g site and SR tu pulak okay dengan aku. Even aku perempuan, aku cakap dengan dia jangan nak kesiankan aku sangat dalam bab-2 buat keje ni macam angkat alat kepe. Yelah, kita ni nak menimbang ilmu, kalau orang pikir sebab aku ni perempuan and takboleh nak buat kerja-2 macam tu, senang cakap ah baik aku takyah ambik course ni ye dok? So, dia taklayan aku macam perempuan .. well in a good ways ah. Respect me as a lady still ada so no need to worry lah.

Nak masuk bulan yang ketiga, pegawai aku panggil aku masuk office balik. Dia cakap nanti dia bagitahu aku ikut siapa pulak. Disebabkan aku belum buat utility lagi so ada kemungkinan dia akan masukkan aku dalam team yang buat detection. So dalam masa menunggu tu aku stay office jelah, bukan goyang kaki je ek. Aku kan trainee so mestilah ada kerja yang dorang bagi aku buat. Jujur aku cakap aku taknak masuk office, first aku memang tak boleh nak go dengan environment dia tapi yang paling besar masalah aku is aku tahu kalau masuk office mesti kena buat software. Dimana any software except for CDS is my biggest weakness ._. Haduh kalau dia suruh aku pakai Acad , masak aku -.-" and.... guess what my nightmare is about to come true. Mula-2 nya aku buat pakai CDS, okay lagi lah. Patu haduh kena buat pakai Acad pulak. Memang masak ah aku. Struggle jugak ah aku nak pakai software tu hahha padan muka aku jugak time belajaq Acad taknak belajar betul-2, main-2 je. Asal buat pelan orang lain tolong cantikkan je guna Acad , aku sendiri yang malas nak fahamkan benda alah tu so at the end PADAN DENGAN MUKA AKU! hahahaha. Tapi tulah kan, Allah takkan uji hamba-Nya diluar kemampuannya and disebalik apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya, betul tak? Alhamdulillah, disebabkan itu aku sekarang dah pandai pakai Acad hihi *malu.

Untuk orang diluar sana yang baru nak tahu serba sedikit pasal ukur tanah ataupun kerja as surveyor ni, satu je aku boleh cakap yang kerja dia memang best. Dapat berjalan, dapat kenal dengan orang baru and etc. Tapi, hahha ada tapi.. Apa yang aku dapat sepanjang aku belajar course ni is kita memang takboleh give up especially kalau buat fieldwork. Kalau lagi bagus is jangan buat kerja berulang lah tapi kalau fieldwork ni memang banyak kena buat kerja yang sama berulang kali pun. So, bagi sesiapa yang cepat fed up buat benda yang sama, you might wanna reconsider of taking this course :) For women pulak macam aku ni lah kan, kalau betul-2 nak jadi surveyor pergh cabaran dia memang tough gila sebab jarang nampak perempuan as surveyor kan? Apapun, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. As for me, bidang ukur tanah ni meluas and I still got one year to  discover this course. In one year, anything can happen right?


Sedikit gambar untuk korang~

Gambar terbalik so pepandai lah yek! 

BM jumpa kat tepi jalan so kena amik ah.

Ni time tanam batu, so disebabkan pakai bawah tu konkrit kena pakai drill lah baru boleh tanam Paku.

Ni time buat traverse kat Bukit Raja untuk Sime Darby. Trust me, I lost 10lbs (Y)

Most dangerous? Maybe lah sbb ukur kat tepi jalan en. Samada aku tempah maut atau dah memang kerja aku. Lintas jalan besaq kot, hahha gila en. Projek untuk MRTV7 tapi most dangerous is time ukuq kat Terminal Subang ah. Yang itu memang best gila sebab pengalaman kot tapi sorry gambaq takdak sebab kat airport kot mana boleh tangkap gambaq nak mampuih ke pe?! :D

P/s: Gambar kat office nanti lah aku upload ye :D

Xoxo,
 iSyazz

You Might Also Like

0 comments: