Life

2016

6:38 AM iSyazz 0 Comments

Assalamualaikum 

Today, 31st Dec 2016.

Bukan meraikan tahun baru pun. Cuma, teringat kembali apa yang berlaku sepanjang tahun ini.

Alhamdulillah, mana yang baik akan aku simpankan dan mana yang buruk akan aku buang jauh-2.

Let' see.. I have my ups and downs. Alot. Every year benda yang sama tapi aku percaya benda-2 tu lah yang mengajar aku apa itu erti kehidupan. Kalau kau tak pernah jatuh, macam mana kau nak bangkit? Yeddak?

Banyak benda yang berlaku tahun ni, yang kalau boleh aku nak lupakan terus. Tapi, takboleh. Jangan macam tu, sebab sejarah mungkin berulang.. kan? Masalah aku dari dulu sampai lah ni is I NEVER SAY NO. Perhaps for others, mesti korang akan fikir lemahnya kau ni Syaz. Entahlah, bagi aku, aku percaya bilamana kita tolong orang lain. In shaa Allah, Dia akan bantu kita balik. Tak semestinya dalam bentuk bantuan yang sama, tapi dari segi yang lain. Mungkin kita tak nampak benda-2 tu, walaupun ia sekecil habuk. Tapi percayalah yang mungkin pertolongan yang sekecil habuk tu sebenarnya balasan dari bantuan yang kita tolong orang lain. Plus, Ibu banyak kali ajar..

Kalau orang buat jahat dengan kita, kita balas dengan kebaikan. Biarlah orang buat teruk kat kita pun, kita jangan balas benda yang sama orang tu buat kat kita. Apa bezanya kita dengan orang tu kalau kita buat macam tu kan? Lebih kurang je. Biarkan, kerja menghukum ni bukan kerja kita, kerja Dia.

Apart from that, memanglah kita niat nak tolong orang tapi kadang-2 orang amik kesempatan dengan pertolongan kita. Banyak kali rasanya aku biar kepala dipijak. Dengan aku senang, kau buat baik dengan aku, aku pun buat baik dengan kau. Kau buat jahat dengan aku, takpa aku buat baik jugak dengan kau. Tapi ingat, lepastu takdanyaaa aku nak ikutkan sangat perangai kau tu. 

I fall a few times, as the matter facts I actually fall a lot. Disebabkan banyak kali rebah, alhamdulillah aku bangkit dengan kerebahan itu. Yes, it makes me stronger in many ways, you just name it. Do you have to change for others? I do believes that if someone does not accept you for who you are, trust me babe they don't deserve you in the first place anyway.


Let bygone be bygone.


Keluarga.

Ya Allah ya tuhan. Sesungguhnya aku amat bersyukur kepadaMu kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk mengharungi kehidupan aku bersama-2 dengan keluarga tersayang. Walaupun Atuk sekarang tidak kuat seperti dahulu, namun aku bersyukur seadanya. Kau kuatkanlah semangat Atuk dan kau berikanlah aku serta keluargaku kekuatan, kemudahan dan rezeki agar kami sekeluarga dapat membantu Atuk dalam keadaan Atuk yang sedang sakit ini. Aamiin.



Persahabatan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Cuma itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Ya, walaupun banyak sangat yang aku lalui tahun ini namun aku bersyukur kerana Kau tunjukkan padaku apa itu nilai persahabatan. Apa itu sahabat sewaktu kau senang dan susah. Pernah sekali, aku terbaca ayat ni "He will give you something better than what has been taken from you." Pada mulanya, aku menangis. Sebab betul, mungkin benda itu betul-2 terjadi. Aku cuba, cuba untuk pulihkan kembali. Namun, begitu ia rapuh sehinggakan aku rasa tali silaturrahim antara kami mungkin akan terlerai jua. Ya Allah, dugaan apakah ini? 

Lepas kejadian itu, hampir setiap malam aku berfikir. Fikir akan apa puncanya dan apakah solusinya? Buntu. Hanya itu yang mampu aku katakan. Tangisan, berbaldi-2 mungkin, bahkan banyak kali aku tidur dalam keadaan menangis.  Sedih, hiba memikirkan hal yang sudah berlaku. Aku dipersimpangan. Bila dengan dia, begini ceritanya. Bila dengan si dia, begitulah ceritanya. Bukan senang jadi orang tengah. Aku pun tak hingin, sebab semua cerita both sides kau hadam. Decision bukan terletak pada kau, kau hanya mampu memberi pendapat. Yang mana kadang-2 pendapat kau sendiri pun kau sangkal. Aku tahu aku takcukup baik dalam memberi nasihat dan sebagainya. 

Tapi itulah, sampai sekarang masih belum selesai. Aku faham memaafkan seseorang tidak begitu mudah, dan bila kita dah maafkan seseorang bukan senang untuk kita melupakan apa yang orang tu buat pada kita. Ya Allah. Benda ni sendiri pernah terjadi kat aku, banyak kali sebenarnya dan ia berlaku lagi. Tapi yang kelakarnya aku masih orang yang sama. Mungkin aku cepat melupakan atau aku sendiri tak belajar dari kesilapan. Bukan apa, bagi aku apa yang penting is silaturrahim. Ya Allah, jauhkanlah aku dari menjadi orang yang memutuskan silaturrahim. Satu je aku tanya, susah ke untuk terima seseorang itu kembali? Bukankah kita manusia, hamba kepada Dia? Manusia yang penuh dengan kesilapan dan perlukan bimbingan untuk kembali ke jalan benar?

Ego. Mungkin juga. Mungkin ego itu terlalu tinggi, sampai dinding itu susah untuk dipecahkan. Bila dikatakan ego kepada masing-2, masing-2 marah. Yang ini berkata demikian, yang itu berkata demikian. Cuma satu je yang difikirkan, begitu mereka marah kepada satu sama lain sampaikan mereka lupa akan persahabatan mereka sendiri. Persahabatan yang mereka bina. Atas dasar apakah yang persahabatan itu dibina? Jika ditanya pada aku, aku bina persahabatan kita atas kasih sayang. Ya, aku anggap korang bukan as a best friends tapi dah anggap korang macam adik beradik sendiri. Mungkin, mungkin juga pemikiran kita belum cukup matang. I don't know. Aku masih dalam keadaan terpinga-pinga, buntu akan solusinya.

"Sometimes you have to smile and pretend everything's okay. Hold back the tears, and just walk away but I just want you to stay."

Satu je yang aku harap dari korang. Please. Please cuba untuk pulihkan semula persahabatan kita. Aku sedih. Jarang aku sedih macam ni semata-mata kerana kawan. Tapi aku kenal korang dari kecil lagi weh, dari zaman baru nak kenal apa itu dunia. Kita sama-2 harungi kehidupan as teenagers. Janggal rasanya bila balik bercuti, tak lepak kedai kopi dengan korang. Janggal. Even Ibu pun perasan tapi aku abaikan sahaja, kata aku yang korang busy dengan kerja. Satu benda je aku nak korang tahu, bukan aku je yang dah anggap korang macam adik beradik sendiri tapi Ibu pun dah anggap korang macam anak sendiri.

Sudahlah, jangan diratapi lagi. Biarkan masa pulihkan keadaan kita kerana aku masih sayang akan persahabatan kita. In shaa Allah. Atau mungkin sudah sampai masa untuk aku redha. It hurts tho but I'll try to accept it.




2017: Neo Resolution.

Nahhh, for next year am not gonna make a resolution. I already know what's on my mind. Not gonna say it. If it comes true then I'll tell y'all. Ihihihi,

Let's put it this way. Let's throw all the negative vibes. Shooo Shooo! Throw it away! Let the positive vibes come to you. Kali ini aku akan lebih kuat, kuat untuk menghadapi liku-liku kehidupan. Pendirian tu sentiasa ada, cuma senang goyah bila memikirkan hal orang lain. Betul, kita kena fikirkan orang lain juga tapi kali ini kita fikirkan diri kita dahulu sebab belum tentu orang lain memikirkan perihal kita juga. Kan? Tapi, jikalau aku berlebihan, aku harap sangat akan ada orang tegur aku. Tegur aku untuk kembali berfikiran waras hahha.




What 2016 taught me?

Well, it taught me a lot. How to be strong when you face problems. To be careful who you trust and tell your problems to. Not everyone who smiles at you is your friend. Just be who you are, don't change for others. People can sometimes push and pull you away, welcome you but at the same time ignoring you. Nonetheless, I'll cherish it as it is somewhat a blessings and lessons.


.......


P/s: 2016 was a blessed. Many more returns in 2017. In shaa Allah. Esok pagi Match Day dan esok pagi jugak lah Paper Law. Thank you.


Xoxo,
 iSyazz






You Might Also Like

0 comments: